Wednesday, May 6, 2009

..::Menarik!!!::..

Rahsia pemakanan genius Islam..

~> MADU Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

~> KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

~> SUSU SEGAR Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

~> TELUR Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

~> HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.

~> LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

~> BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

~> DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.

~> OTAK DAN DAGING AYAM Otak ayam yang segar boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

~> DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

~> HATI Terutamanya hati ayam kampung (ayam besa kena suntik..xelok) dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

~> KEKACANG Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

~> ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

~> KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

~> BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

~> LABU Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

~> MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
~> SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori. Buah kedekai (MANJALAWI) dapat menguatkan hafazan dan tenaga badan.aspek-aspek ini terkandung dalam AQ dan as-sunnah.. jadi, wajarlah kita mengamalkan segala perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.. "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.."

1. Siapa anda (apa hakikat diri anda)?
Seorang hamba Allah..drpd berjuta2 benih, diri ni yg dipilih utk lahir ke dunia..yg terbentuk dr percantuman sperma dan ovum..
2. Dari mana anda datang?
Asalku dari Nabi Adam dan isterinya, Hawa yang diciptakan Allah.. segalanya dari Dia~

3. Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?
Sesuatu yg dlm pencarian..

4. Ke mana anda akan pergi?
Selepas ini ke alam barzakh sebelum ke mahsyar.. selepas itu segala amalku akan dihitung.. syurga ataupun neraka(nauzubillahiminzalik).. harap2 tergolong org yg msk ke syurga..

5- Apa tujuan hidup?
Mencari keredhaan ALLAH..

6- Dan apakah hakikat mati?
Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenar-benarnya.. "Jangan kau hiraukan dunia kerana dunia itu merendahkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah.."~Pemikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjukkan kita jalan yang lurus~

Saturday, May 2, 2009

..::Aper Yer Tajuk Yg Sesuai::..

Assalamualaikum..
Hari tu citer pasal blog Alumni SMAI..kali ni nak promote skit blog abg n kak long yg tersayang..diorg skrg dok kat bumi Anbiya' Irbid, Jordan..bkn bercuti kat sana tp dok blajaq kat sana..dua2 kos Medic..karakter yg bleh ana bgtau abg ana seorg yg suka makan pedas2 n kak long ana suka makan cokelat...pelik ngakkan..manis n pedas..tp apa2 pon tetap sehati sejiwa..hehe...takperla.taktau nak ckp apa lg la..



Sunday, April 19, 2009

..::Seketika Semalam::..

Assalamualaikum...
tiada kalam yg lebih sesuai utk diucapkan selain drpd kalimah "ALHAMDULILLAH"..kita masih lg dikurniakan nikmat2 yg mgkin pada hari ini kita mendapatnya tetapi ada insan2 yg tidak dikurniakan...mgkin hari ini hari terakhir kita mendapat nikmat2 ini..jd sebagai hamba..kita perlu bersyukur atas segala nikmat2 yg telah dikurniakan...seperti hari2 lain..lps "terlihat" sesuatu yg agak "pelik"...bnda apa yg ana lihat kali ni?? smlm mcm biasa sambil2 dok buat keje ngan laptop kat depan tv..ana tgkla skit2 rancangan kat tv tu..smlm ade rancangan audition "MENTOR''...kat situ kita boleh tgk betapa jahilnya remaja masa kini..betapa mereka menyukai dunia hiburan..ana sempat tgk 2 org jer yg audition tu..diorg sanggup menangis2...menebalkan muka hanya semata2 nak ber"mentor"kan AJAI..betapa "kurang bijak"nya mereka..mereka sanggup memalukan diri dengan melakukan aksi2 tarian yg klau ana buat lps tu tak sanggup nak keluar rumah..seorg perempuan tu dengan ber"imej"kan seorg remaja islam..bertudung ttp seperti biasa tak mengikut syariat islam..dia sanggup menangis2 nak AJAI bg kat dia peluang kedua...isk2..mmg memalukan...agak2nya kemanakah hilangnya maruah mereka2 tu...adakah mereka mengorbankan maruah mereka hnya kerana ingin menjadi pujaan peminat...

Tuesday, April 14, 2009

..::Dunia Hari Ini::..

Assalamualaikum....

Pertama2 kalinya ana bersyukur sbb masih lg dikurniakan nikmat iman insyaALLAH..yg mana sesetengah org pada hari ini sudah hilang pd diri mereka...dan nikmat yg sering dilupakan oleh org ramai iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang...sebenarnya hari ni sjer jer takde keje nak posting kat blog ni..besala dok relaks2 slps letih keje wktu siang...hari ni nak promote skit satu blog sebuah alumni sekolah yg sebenarnya tkde kaitan ngan ana..nama "BUMI BARAKAH" tu ialah Sekolah Menengah Al-Islah..walaupun ana tak pernah sklh dkt situ tetapi bleh kata setiap tahun saya akan pergi kat sana...sbb ana slalu join aktiviti2 JIM yg slalu buat kat sana...kat bawah ni ana selitkan alamat blog alumni ni...



http://alumniassaff09.blogspot.com/




Thursday, February 26, 2009

..::Keindahan BersamaMU::..

Assalamualaikum..hari ni kena update ngak skit..sbb ade org kata ana tak update blog..hehe..kali ni ana nak tunjuk skit gambar2 wktu Kem Keindahan BersamaMU...

banner program..
Achu peluk adik2 lps Slot "inteam"

Abg Ngah peluk adik2 ngak..

Para fasi2 lps Slot "inteam"

Abg Ngah kendalikan Slot "inteam"

Abg Chik wktu Slot "inteam"


nantikan sambungannya....

Monday, February 16, 2009

...::mY uSrOti::...

Assalamualaikum,
alhamdulillah hari ini ana masih lg dikurniakan nikmat yg sering kali kita sebagai hamba ALLAH melupai utk bersyukur iaitu nikmat kesihatan tubuh badan...kali ni ana nak tunjukkan antum semua ahli keluarga ana dr Ayah ana hinggalah ker adik ana yg terakhir..

Ayah :Rosli Bin Abdullah(Abu Aiman)(10/08/1963)
Ibu :Che Noor Arifah Bt Abu Bakar (Ummu Aiman) ( 17/ 07/ 1966 )

Aiman bin Rosli ( 21/ 06/ 1987 )
Asma’ binti Ahmad Khalid ( 12/ 10/ 1987; 1st daughter-in-law )
Nuur Syifaa’ binti Rosli ( 20/ 12/ 1989 )
‘Ammaar bin Rosli ( 06/ 08/ 1991 )
Nurul ‘Izzah binti Rosli ( 07/ 06/ 1993 )
Muhammad Hanif bin Rosli ( 22/ 01/ 1995 )
Muhammad Amin bin Rosli ( 13/ 07/ 1996 )
Muhammad Ihsan bin Rosli ( 04/ 12/ 1998 )
Nur Maisarah binti Rosli ( 21/ 05/ 2000 )
Ahmad Marwan bin Rosli ( 22/ 05/ 2002 )
Wardah Sofiah binti Rosli ( 03/ 09/ 2006 )
Ahmad Yasin bin Rosli ( 21/ 05/ 2008 )




Thursday, January 29, 2009

..::Suara hati remaja beriman::..

Sebenarnya ada beberapa sikap yang sering menghantui diri ini. Sikap-sikap ini sering mengejar aku tidak kira tatkala aku bersendiri atau mempunyai teman disisi. Oh Tuhan..amat berat rasanya mempunyai sikap-sikap yang mazmumah ini kerana aku mengerti azab yang akan menimpa diri jika aku hiasi diri dengan sikap ini. Namun datangnya ‘mereka’ sangat tidak diundang. Sifat-sifat yang selalu mengejarku adalah sombong, takbur, ujub, banggga diri dan yang seumpama dengannya.

Andaikata aku diberi tugasan oleh orang yang bertanggungjawab, pada mulanya aku bertekad untuk memikulnya dengan rasa penuh tanggungjawab. Namun ketika sedang menjalankan tugas, terkadang sifat ini datang mengetuk pintu hati.”hmm..kenapa aku yang dipilih?Mesti aku yang paling layak antara mereka.” Kata-kata ini sering berulang-ulang di dalam hati meskipun aku cuba menepisnya. Selain itu, apabila aku menderma dana untuk mengurangkan bebanan mereka yang lebih memerlukan,pada mulanya hati kecilku berkata ‘insya Allah..lillahi Ta’ala..’. Namun, dipertengahan jalan pulang ada lagi kata-kata yang datang tanpa diundang. Kata-kata yang mengangkat diri sendiri sehingga melupakan Tuhan yang sepatutnya dipuji. Padahal aku tahu, Allah tidak akan menerima sedekah mereka yang memberi sedekah dengan niat menunjuk-nunjuk.

Aku pernah bertanyakan persoalan kepada guruku..”Ustazah,macam mana kalau kita nie ade rasa ujub, takbur, sombong dalam diri..??” Lalu guruku menasihatiku supaya aku sentiasa beristighfar untuk menangkis sifat mazmumah ini....

Namun aku masih merasakan sifat ini ada di dalam hati..Sehinggakan ketika aku menyembah Allah, Tuhan Sekelian Alam,terkadang timbul juga sifat jahat ini lebih-lebih lagi ketika solat di tempat awam. Diri ini merasakan akulah yang tahu semuanya. Aku lah yang paling ‘alim.
Astaghfirullah.
Namun aku tidak sedar bahawa Allah lah yang memberi aku ilmu sehingga aku mampu beribadah kepadaNya. Sekiranya Allah tidak mengizinkan aku untuk mengetahui ilmu ini, mungkin aku akan menjadi sejahil mereka. Nauzubillah. Aku juga tidak sedar bahawa sifat takbur ini hanya milik Allah. Kerana Dia yang maha Berkuasa dan sempurna segala sifatNya. Maha Suci Allah. Dan aku tidak sedar bahawa ilmu yang diberikan kepada aku, harus disampaikan kepada orang lain supaya nanti mereka tidak menuntut aku di hadapan Allah. Masya Allah. Betapa aku lalai hidup di dunia ini. Oh Allah ampunilah segala dosa-dosaku. Lindungilah aku daripada sifat-sifat mazmumah yang menghantui diri ini. Oh Tuhan yang Maha Sempurna.

Solehah Mazlan
p/s: Ni hasil tulisan sahabat ana..bkn ana yg tulis..